About Me :)


Ahlan Wasahlan, Assalammualaikum.
Afandi dan Norharlida telah berkahwin dan mendapat seorang cahaya mata iaitu SAYA. Saya telah dilahirkan di bumi ciptaan Allah ta'ala pada 30 April 2002 pada pukul 2:10 pagi. Alhamdulillah saya telah dilahirkan sebagai Agama paling suci iaitu Agama Islam. Tujuan saya dilahirkan dibumi ini adalah untuk menjadi Khalifah dan membuat ibadat kepada Allah. Nama yang diberi oleh kedua ibu bapa saya ialah Nur Aqila Saliha dan ia bermaksud Cahaya Akal Yang Soleh. Subhanallah. Pada umur 6 tahun salah telah disekolahkan di Tadika Perpaduan Selangor. Ketika itu bermulalah saya belajar A, B, C sampai Z dan belajar membaca. Selepas setahun saya di tadika itu, saya telah dimasukkan ke sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah 1. Disitu bermulalah saya temui rakan baharu saya dan kawan karib. Sehingga sekarang persahabatan kami tidak terputus. Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana dapat menemui rakan seperti Ashilah, Dayang, Zakirah, Izzatul, Raihanah, Zafira dan lain-lain. Tidak lupa juga kawan karib saya di muka buku. Saya sangat beruntung kerana dapat rakan seperti Arisha, Izzyan, Atika, Farhana, Wahidah, Elya dan lain-lain. Kami seperti 1 keluarga yang gembira :) .Insha'Allah persahabatan ini kekal hingga syurga.